Friday, December 20, 2013

Ho Chi Minh City, Vietnam: Bershopping :)

          Kali ini saya hendak berkongsi pengalaman tentang bershopping di HCMC pula. Sebelum bershopping ada beberapa perkara yang perlu disediakan bagi memudahkan kita membeli-belah di tempat orang. Antaranya:

 Tukar wang RM kepada Dong!!! haaa.....besarnya nilai wang diorang...kan blur dengan angka sebesar tu...!


 Untuk memudahkan proses tawar-menawar, saya sediakan sendiri rate pertukaran mata wang seperti contoh di atas ni, supaya kita tahu harga barang yang dibeli tu berbaloi or tak.


Yang ni pula, notes tentang DO's dan Don't ketika berada di negara orang. Sumber semua ni saya peroleh dari blog-blog yang pernah saya baca. 


          Saya hanya bershopping di Ben Than Market dan Night Market sahaja kerana harga barang-barang benar-benar murah. Di Ben Than Market dan Night Market, tiada gambar yang dapat saya kongsikan kerana leka bershopping hingga terlupa hendak mengambil gambar...huhu... :(
          Untuk makluman, peniaga di kedua-dua tempat ni menerima RM dan USD. Jadi senanglah kita nak berurusan dengan mereka. Saya bershopping kain, pakaian dan handbag. Harganya betul-betul berbaloi. 
          Tips ketika menawar harga barang ialah nyatakan harga yang kita nak (50% - 75%) rendah dari harga asal yang dinyatakan oleh peniaga kecuali yang telah diletakkan tanda Fixed Price tak boleh ditawar. Perlu diingat jika sudah berjaya menawar ke harga rendah, barang tu mesti dibeli. Jadi jika tak mahu beli jangan melakukan tawar-menawar ya. Nanti dikatakan mempermainkan peniaga dan dimarah oleh mereka pula. Dalam bab tawar-menawar ni, kakak ipar saya yang banyak membantu. Dia bijak tawar-menawar dengan peniaga. Kami betul-betul mendapat harga yang berbaloi untuk sesebuah barangan. Terima kasih sis :).... 
        Misalnya, hubby saya membeli beg jenama The North Face (Original dengan zip YKK), pada mulanya harga beg tersebut ialah 1,000,000 dong (RM155.80). kami tawar sehingga 50% dari harga tersebut iaitu 500,000 dong (RM78.00). Peniaga tidak bersetuju dengan harga tersebut dan kami terus berlalu. Tanpa disangka peniaga tersebut berlari mendapatkan kami semula dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Kami membeli 3 buah beg daripadanya.Whooaaa....... Manakala barangan lain seperti T-shirt Polo, Nike, Adidas amat murah disini. Beg-beg seperti bagasi dan beg tangan wanita juga amat murah. Saya membeli koleksi beg Prada dan Gucci dengan harga 150,000 dong setiap satu (RM23.00). Saya turut membeli baju kurung yang dah siap dijahit (Kain Vietnam Cotton dan bermanik-manik rekaannya) dapat dibeli dengan harga RM50. Bagi kain Vietnam Cotton yang belum dijahit pula dijual dengan harga RM24.
         Satu perkara yang membuatkan my hubby menyesal tak sudah ialah tidak membeli kasut Nike di Saigon kerana beranggapan harganya mahal dan sama dengan harga di KL. (Harga kasut tersebut 800,000 dong = RM124.60 belum membuat penawaran harga, kalau penawaran harga dibuat mungkin boleh beli dengan harga 400,000 dong = RM62.00. 
          Sekembali ke KL, ketika berjalan-jalan di Suria KLCC, my hubby pergi ke kedai menjual pakaian sukan dan mendapati harga kasut yang sama seperti di Saigon dijual pada harga RM600.00. Tertulis juga "Made In Vietnam" pada kasut tersebut. Menyesalnya dia tak beli ketika di Saigon ya.............
           Itulah pengalaman bershopping di Ben Than Market dan Night Market Saigon. Begitu mengujakan.... Saya berharap agar dapat bershopping ke sini lagi pada masa yang akan datang! :p 

Ho Chi Minh City Vietnam: Food Lover..........Street Food! :)

          Ketika berada di HCMC, saya amat menggemari Street Food. Street food harus dicuba dan dirasai ketika berkunjung ke tempat orang kerana bagi saya Street Food menggambarkan makanan harian masyarakat di sesebuah tempat.
           Antara Street food dan makanan lain yang kami nikmati di Saigon: 

Sempat lagi berposing :) 


 Nyum...nyum.... :p


Last Supper! haha :) 


 The Best beef Noodle In Town...A must try!


Street burger.... Best!!!


 Kopi di Night Market....wajib!


 Menu makanan Jepun di Saigon


 Lagi....menu makanan Jepun... :p


 Delicious....sweet taste :)


 Again...Unique Street Food....Smoke Banana.. I guess! haha...


 This is my No. 1 favourite...!!!


Street Food again.... Satay!!!




Percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam Part 4

         Pada hari ketiga percutian di HCMC/ Saigon, kami menghabiskan masa melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar.
          Antara tempat menarik yang kami kunjungi ialah Istana lama, gereja tertua di Saigon, Pejabat post besar Saigon, Hard Rock Cafe Saigon dan taman-taman awam yang indah dan meriah di tengah-tengah bandar Saigon.

Gereja di tengah bandar Saigon


Post Office


Kopi yang mesti dibeli untuk di bawa balik ke Malaysia!


Istana lama Saigon


Sempat membeli beberapa buah tangan di Hard Rock Cafe Saigon :) 


Bergambar kenangan bersama mahasiswa dan mahasiswi Univesiti Saigon :)

Percutian yang begitu menyeronokkan di bandar Saigon. :) 

Thursday, December 19, 2013

Percutian Ke Ho Chi Minh City, Vietnam Part 3

          Pada hari kedua percutian d HCMC, kami ke Mekong River dengan menggunakan ejen tour. Perjalanan menaiki van pelancong mengambil masa 2 jam dari district 1 ke Mekong River (85km).
          Cara memandu di bandar Saigon ini amat berbeza sekali dengan cara memandu di Malaysia. Semua kereta dan motosikal bergerak perlahan 40-60km/j. Kenderaan utama penduduk ialah motosikal. Hon kenderaan pula sentiasa dibunyikan setiap masa membuatkan saya panik kadang kala ketika hendak melintas jalan. Bunyi horn bukan bererti marah tetapi memberitahu kita bahawa kenderaan hendak lalu.

Suasana jalan raya di HCMC yang agak mencabar dengan bunyi Hon yang tak berhenti-henti...

          Berbalik kepada pengalaman di Mekong River, saya ringkaskan aktiviti sehari yang kami lalui seperti berikut:

> Tiba di Mekong, kami menaiki bot ke pulau-pulau. Terdapat 4 buah pulau di sekitar Mekong River.
> Kami berpeluang minum air kelapa segar, makan buah-buahan segar yang pastinya berbeza rasa jika dibandingkan dengan buah-buahan yang ada di negara kita.


> Kami turut berpeluang menaiki perahu menyusuri denai-denai melihat keindahan alam dan pertempatan masyarakat Saigon.

> Kami disajikan dengan menu makanan Vietnam dan ikan segar dari sungai mekong.



> Kami turut pergi ke kilang menghasilkan gula-gula kelapa, kilang menghasilkan madu asli dll....


> Terlalu banyak pengalaman yang menarik yang tak dapat saya coretkan di sini...jika datang sendiri berkunjung ke sini barulah dapat merasakan keseronokannya!

          Setelah seharian menjelajah Mekong River, kami pun kembali semula ke hotel. Setelah mandi dan bersiap, kami menjelajah lagi ke Night Market untuk sesi membeli-belah dan tawar-menawar! 
           Sekian dulu, saya akan berkongsi pengalaman membeli-belah pada entri seterusnya....stay tune!!!! :)

Percutian Ke Ho Chi Minh City, Vietnam Part 2

          Pada entri kali ini, saya ingin menyambung pengalaman saya dan suami berada di HCMC. Kami telah menempah Hotel menerusi web Agoda.com. Kami memilih Halo Hotel di District 1. Kedudukan tersebut amat strategik kerana berdekatan dengan Ben Than Market (3-5minit berjalan kaki dari hotel) yang merupakan syurga beli-belah di Ho Chi Minh City atau lebih dikenali sebagai Saigon.
          Setelah selesai Check-in di kaunter, saya dan suami masuk ke bilik hotel untuk menyimpan bagasi terlebih dahulu sebelum berjalan-jalan disekitar bandar Saigon. Bilik hotel kami berada di tingkat 6 dan pemandangan menerusi tingkap menghala ke arah pusat bandar. Kami dapat melihat bangunan Ben Than Market dari bilik hotel. Pemandangan yang amat cantik. 
          Sebelum memulakan pengembaraan di bandar Saigon, saya terlebih dahulu membetulkan masa pada jam telefon bimbit agar saya tidak keliru dengan waktu Malaysia. Waktu Saigon lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Sekiranya waktu Malaysia ialah pukul 5 petang, maka waktu di Saigon ialah pukul 4 petang. Kami tiba di hotel dalam lingkungan pukul 4.30 petang waktu Saigon.
          Setelah menyimpan bagasi di dalam bilik hotel, kami mulakan percutian dengan berjalan-jalan di sekitar bandar Saigon sambil mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Saya begitu kagum dengan pemandangan yang indah di bandar Saigon. 
          Perancangan aktiviti untuk keesokan harinya ialah kami hendak menggunakan khidmat 1 day Tour ke Delta Mekong. Kami ke salah sebuah Ejen Travel and Tour berhampiran hotel untuk menempah  tiket 1 day tour ke Mekong River. kami mengambil pakej kumpulan kecil yang menawarkan makan tengahari istimewa. Harga pakej tersebut ialah USD $18 seorang.

Ejen Travel and Tour yang kami gunakan :)

          Kami menghabiskan masa malam di Night Market (ala-ala night market kat area Petaling Street). Suasana begitu meriah dengan kunjungan para pelancong. Ramai juga orang Malaysia datang ke HCMC ni ya.....

Suasana di Night Market :)

         Sampai di sini coretan saya, pada entri seterusnya saya akan berkongsi pengalaman tentang trip ke Mekong River dan bershopping di market pula! nantikan......... :)

Percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam Part 1

          Saya dan suami telah melancong ke HCMC pada awal Disember lalu. Kami berada d HCMC selama 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman menarik yang kami peroleh di sana. :) Di entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman percutian kami di sana.
          Kami bertolak ke HCM dengan menaiki pesawat dari lapangan terbang KLIA ke Tan Son Nhat International Airport HCM. Penerbangan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Untuk makluman semua, Ho Chi Minh City dikenali sebagai Saigon oleh masyarakat tempatan di sana. 
         Terdapat sebuah kisah yang hendak saya kongsikan tentang kejadian yang berlaku di lapangan terbang Tan Son Nhat. Oleh kerana tiada wang kecil, kami harus menukar wang 500,000 dong kepada nilai yang lebih kecil untuk belanjan tambang teksi. Ketika hendak menukar wang tersebut, kami disapa oleh seorang pemandu teksi, dia mempelawa kami menaiki teksinya dan meminta kami membayar 100.000 dong setiap seorang. (kami seramai 4 orang = 400,000 dong, saya dan suami beserta sepupu suami dan isterinya). Alangkah terkejutnya kami dengan nilai yang dinyatakan. Sedangkan harga tambang teksi dari lapangan terbang ke hotel di district 1 hanya 160,000 dong (melalaui pembacaan saya di blog). Nampaknya pemandu teksi tersebut hendak menipu kami. kami terus berjalan dan tidak hiraukan dia sehingga kami berjaya menukar wang kecil dengan membeli makanan di sebuah restoran makanan segera. pemandu teksi tadi terus mendapatkan kami semula dan terus memujuk serta mengekori kami agar kami menaiki teksinya. kami  tidak mahu mengendahkannya dan terus menuju ke teksi meter yang terletak di sebelah kiri lapangan terbang. Kami menaiki teksi Vinasun untuk ke hotel. Kami hanya dikenakan bayaran sebanyak 120,000 dong berdasarkan meter! Nasib baik kami tak tertipu dengan pemandu teksi yang meminta bayaran sehingga 400,000 dong!
          begitulah pengalaman kami ketika pertama kali menjejakan kaki ke HCMC atau lebih dikenali sebagai bandar Saigon. Sambungan kisah saya bercuti di sana akan disambung semula pada entri yang akan datang..sekian....!!!! :)