Thursday, December 19, 2013

Percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam Part 1

          Saya dan suami telah melancong ke HCMC pada awal Disember lalu. Kami berada d HCMC selama 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman menarik yang kami peroleh di sana. :) Di entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman percutian kami di sana.
          Kami bertolak ke HCM dengan menaiki pesawat dari lapangan terbang KLIA ke Tan Son Nhat International Airport HCM. Penerbangan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Untuk makluman semua, Ho Chi Minh City dikenali sebagai Saigon oleh masyarakat tempatan di sana. 
         Terdapat sebuah kisah yang hendak saya kongsikan tentang kejadian yang berlaku di lapangan terbang Tan Son Nhat. Oleh kerana tiada wang kecil, kami harus menukar wang 500,000 dong kepada nilai yang lebih kecil untuk belanjan tambang teksi. Ketika hendak menukar wang tersebut, kami disapa oleh seorang pemandu teksi, dia mempelawa kami menaiki teksinya dan meminta kami membayar 100.000 dong setiap seorang. (kami seramai 4 orang = 400,000 dong, saya dan suami beserta sepupu suami dan isterinya). Alangkah terkejutnya kami dengan nilai yang dinyatakan. Sedangkan harga tambang teksi dari lapangan terbang ke hotel di district 1 hanya 160,000 dong (melalaui pembacaan saya di blog). Nampaknya pemandu teksi tersebut hendak menipu kami. kami terus berjalan dan tidak hiraukan dia sehingga kami berjaya menukar wang kecil dengan membeli makanan di sebuah restoran makanan segera. pemandu teksi tadi terus mendapatkan kami semula dan terus memujuk serta mengekori kami agar kami menaiki teksinya. kami  tidak mahu mengendahkannya dan terus menuju ke teksi meter yang terletak di sebelah kiri lapangan terbang. Kami menaiki teksi Vinasun untuk ke hotel. Kami hanya dikenakan bayaran sebanyak 120,000 dong berdasarkan meter! Nasib baik kami tak tertipu dengan pemandu teksi yang meminta bayaran sehingga 400,000 dong!
          begitulah pengalaman kami ketika pertama kali menjejakan kaki ke HCMC atau lebih dikenali sebagai bandar Saigon. Sambungan kisah saya bercuti di sana akan disambung semula pada entri yang akan datang..sekian....!!!! :)




No comments:

Post a Comment