Setelah selesai Check-in di kaunter, saya dan suami masuk ke bilik hotel untuk menyimpan bagasi terlebih dahulu sebelum berjalan-jalan disekitar bandar Saigon. Bilik hotel kami berada di tingkat 6 dan pemandangan menerusi tingkap menghala ke arah pusat bandar. Kami dapat melihat bangunan Ben Than Market dari bilik hotel. Pemandangan yang amat cantik.
Sebelum memulakan pengembaraan di bandar Saigon, saya terlebih dahulu membetulkan masa pada jam telefon bimbit agar saya tidak keliru dengan waktu Malaysia. Waktu Saigon lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Sekiranya waktu Malaysia ialah pukul 5 petang, maka waktu di Saigon ialah pukul 4 petang. Kami tiba di hotel dalam lingkungan pukul 4.30 petang waktu Saigon.
Setelah menyimpan bagasi di dalam bilik hotel, kami mulakan percutian dengan berjalan-jalan di sekitar bandar Saigon sambil mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Saya begitu kagum dengan pemandangan yang indah di bandar Saigon.
Perancangan aktiviti untuk keesokan harinya ialah kami hendak menggunakan khidmat 1 day Tour ke Delta Mekong. Kami ke salah sebuah Ejen Travel and Tour berhampiran hotel untuk menempah tiket 1 day tour ke Mekong River. kami mengambil pakej kumpulan kecil yang menawarkan makan tengahari istimewa. Harga pakej tersebut ialah USD $18 seorang.
Ejen Travel and Tour yang kami gunakan :)
Kami menghabiskan masa malam di Night Market (ala-ala night market kat area Petaling Street). Suasana begitu meriah dengan kunjungan para pelancong. Ramai juga orang Malaysia datang ke HCMC ni ya.....
Suasana di Night Market :)
Sampai di sini coretan saya, pada entri seterusnya saya akan berkongsi pengalaman tentang trip ke Mekong River dan bershopping di market pula! nantikan......... :)
No comments:
Post a Comment