Note To Self

Persediaan Sebelum Melancong :)

  Cuti sekolah kini tiba, inilah masanya untuk melapangkan minda dan bercuti bersama keluarga. Tahun ini, saya dan suami telah merancang untuk bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Saya begitu teruja dengan percutian tersebut.
          Sebagai persediaan melancong ke sana, terdapat beberapa perkara perlu dilakukan terlebih dahulu. Apatah lagi ini ialah pertama kalinya saya melancong ke HCMC dan pertama kali juga melancong ke luar negara :)
          Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum melancong ialah:
1. Menempah tiket penerbangan. 
2. Membuat passport antarabangsa.
3. Pertukaran mata wang semasa. 
4. Mencari maklumat berkaitan tempat yang dituju.
5. Menempah bilik hotel.


No comments:

Post a Comment